MENGIKUT
pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan
dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan
berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan
badan.
Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
Selain
makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan
antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan.
Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga
7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau
minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.
Menurut
perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan
pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan
menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.
Makanan
berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh
hijau),kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam
badan.
Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa
perkara seperti:
- Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial
- Pencemaran
- Gaya hidup tidak aktif
Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan,
kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.
Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:
- Buah pinggang ” air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.
- Tulang ” kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.
- Pernafasan ” Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.
"Bahagian
berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid
hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan.Makanan yang
dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini
sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana
makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan," katanya ketika pelancaran
alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.
Ion
alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk
'membersihkan' bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku.
Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:
- Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)
- Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)
- Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis "Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuanini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.
- "Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid".
- "Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil," katanya.
GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KEADAAN SEL-SEL DARAH MANUSIA YANG TIDAK NORMAL APABILA KANDUNGAN ASID DALAM BADAN YANG TINGGI.
Selain
air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan
iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta
mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi,terutama yang
bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari
dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.Ini kerana
sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat
alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser
dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak
normal ini.
Secara
umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah
jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana
makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi
vitamin dan mineral diperlukan badan.
Pada
masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola,soda, minuman
berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat
berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air
untuk menjadikannya neutral.